Wednesday, May 7, 2014

OSTEMATRIX KAYA DENGAN KALSIUM

Ostematrix Pilihan Ramai

Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Banyak manfaat yang boleh diperolehi dari Ostematrix, antaranya ;






* Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia ( rickets dewasa ), kuku rapuh, eczema, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

* Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas dan kekejangan, sakit sendi dan artritis.

* Mengurangkan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur yang selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

* Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan, dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak dapat mengurangkan sakit waktu haid dan membantu dalam pembuangan air kecil.

* Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tunuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi. Dalam masa yang sama ia juga memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

* Vitamin D - Mampu merawat penyakit rickets, meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang.

* Magnesium - Merupakan ion positif nombor 2 yang penting dalam tubuh kita. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ia juga sangat penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

* Zinc, boron, manganes, kuprum - Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan, dan menghalang artritis.

Saturday, March 8, 2014

1001 KHASIAT ESP SHAKLEE

Cerita Tentang ESP Shaklee

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Kali ini saya ingin menceritakan tentang keistimewaan Energizing Soy Protein (ESP). ESP Shaklee ini merupakan makanan tambahan protein berasaskan kacang soya dan ramai antara kita tahu bahawa protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul. ESP juga mempunyai kualiti protein yang sangat tinggi.

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera serta boleh bertahan lama.

ESP Shaklee ini adalah satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39,menjadikan ianya sangat sesuaijuga kepada pengidap kencing manis.

Satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.




Antara manfaat-manfaat utama ESP :

* Awet Muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
* Baik Untuk Hormon - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
* Baik Untuk Prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
* Kulit Remaja - Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
* Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
* Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
* Membaiki Memori - Meningkatkan kualiti memori vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.


# Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia #




Sunday, February 23, 2014

VITA-LEA MULTIVITAMIN TERBAIK DI DUNIA

Kesihatan Menjamin Kesejahteraan Hidup

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua. Tanpa kita sedari, kita sudah pun melangkah ke bulan Februari 2014. Disini saya ingin menyentuh sedikit perkara berkenaan kesihatan kita semua dimana usia kita pun semakin lama semakin meningkat.

Badan kita memerlukan nutrisi dan vitamin yang mencukupi setiap hari bagi menjamin sesihatan yang sempurna selaras dengan kehidupan seharian kita yang sibuk dengan pekerjaan di luar rumah, urusan rumahtangga dan sebagainya.




Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Setiap tablet Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina dan ia juga merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Terdapat beberapa manfaat utama Vita-Lea, antaranya ialah :

*  Penambahan Tenaga Segera - Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
* Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
* Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
* Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
* Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
* Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Kandungan vitamin dalam Vita-Lea Shaklee :
- Vita A, Vita C, Vita D, Vita E, Asid Folik, Vita B1, Vita B2, Vita B3, Vita B5, Vita B6, Vita B12, Biotin, Kalsium, Fosforus, Iodin, Zat Besi, Magnesium, Copper & Zinc.


# Kepada yang belum mencuba Vita-Lea Shaklee, saya sarankan cubalah hari ini. Kita yang menentukan kesihatan tubuh badan kita. Nak pakai lama tau... #